Oleh Sahlan Ake pada hari Minggu, 03 Mar 2024 - 18:39:51 WIB
Bagikan Berita ini :

Politisi Malaysia Tegaskan Nasib Ekonomi Negara Tanggung Jawab Bersama

tscom_news_photo_1709465991.jpg
Sekretaris politik anggota DPR Sungai Buloh, Aidi Amin Yazid (Sumber foto : Istimewa)

JAKARTA (TEROPONGSENAYAN) --Mantan Sekretaris politik anggota DPR Sungai Buloh, Aidi Amin Yazid menegaskan, nasib ekonomi negara tersebut mestinya merupakan tanggung jawab bersama, bukan segelintir orang, apalagi orang asing.

Ia tidak ingin perekonomian negara dijalankan serampangan, bahkan terkesan seperti berjudi. Ia lebih memilih memperkuat perekonomian Malaysia dengan melibatkan semua warganya, demi terwujudnya keadilan, merata, dan inklusif.

Hal itu disampaikannya dalam unggahan Facebook berjudul "Nasib Ekonomi Negara Tanggung Jawab Kita Bersama". Berikut unggahan akun Facebook Aidi Amin selengkapnya:

"Nasib ekonomi negara tanggungjawab kita bersama"

Sejauh mana perbincangan Kongres Ekonomi Bumiputera mampu membayangkan semula hala tuju melalui pendekatan baharu dan penambahbaikan agenda pemerkasaan Bumiputera yang lebih adil, saksama dan inklusif?

Usaha utama kerajaan Malaysia Madani adalah untuk membentuk satu jaringan bagi penglibatan dan pengupayaan dalam segala sektor ekonomi secara saksama tanpa perjudis.

Malah dalam ucap tama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang antara lain membangkitkan usaha untuk mewujudkan jalinan tulen antara ekonomi bumiputera dan bukan bumiputera.

“Kita mahu Ali dan Baba yang benar-benar berfungsi melaksanakan...kita tidak mahu lagi mewujudkan aktiviti ekonomi yang bumiputera pada nama sahaja.

“Bukannya ‘Ali Baba’ yang memanipulasi peluang dan mengambil jalan mudah mengaut keuntungan.”

Apabila Dasar Ekonomi Baru dircancang dan dilancarkan kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua, matlamat utama ketika itu ialah perpaduan negara selain bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini.

Kejayaan dari segi kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi tidak dapat dinafikan, namun pengagihan kekayaan masih tidak terlaksana sepenuhnya. Pada peringkat awal implementasi DEB, sasarannya boleh berjaya, tetapi
untuk jangka panjang pencapaian itu sukar dikekal dan dipertingkatkan kerana tidak berasaskan daya saing.

Monopoli kartel menjadi salah satu faktor utama DEB tidak dapat direalisasikan sepenuhnya di samping sikap hendak kaut untung sendiri, kelahiran kroni mahakaya, dan tiada sifat ihsan dalam membangunkan komuniti bersama.

Kesaksamaan ekonomi merupakan saranan untuk kehidupan sebagai satu Ummah kerana Islam menegaskan doktrin egalitarian. Para intelektual Islam berpendapat bahawa meskipun istilah egalitarian itu tidak berasal dari Islam karena konsep dan istilah terebut berasal dari Perancis yang muncul setelah terjadinya revolusi industri di negara tersebut yang menuntut persamaan hak-hak dari penindasan dan diskriminasi oleh penguasa. Namun, secara subtantif sebenarnya sejalan dengan ajaran-ajaran Islam.

Zalimnya bagi kita sebagai satu masyarakat jika terus menjadikan perbalahan sentimen sebagai halangan dari fokus usaha berhadapan persaingan ekonomi di peringkat global.

Jati diri negara amat penting dalam mewujudkan kerjasama pembangunan negara sebagaimana dapat dilihat di Indonesia. Presiden Joko Widodo pernah dipetik berkata negara beliau bakal menjadi negara keempat ekonomi terbesar dalam masa 20 tahun dengan jangkaan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5 hingga 6 peratus dan GDP USD 9.1 trilion pada anggaran jumlah kerakyatan seramai 309 juta orang.

Ini bermakna bagi negara Malaysia dengan jumlah rakyat seramai 33 juta, bagi merealisasikan agenda ekonomi negara kita bermula dengan penekanan kepada tanggungjawab fiskal dahulu. Ketirisan kewangan negara harus diperbaiki dan rakyat menyambut baik Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen bahawa baginda akan meneliti perbelanjaan kerajaan.

Sebuah ekonomi yang mampan harus mendekatkan jurang pendapatan rakyat. Mereka yang tergelincir daripada kejayaan ekonomi negara tetap akan disambut melalui jaringan kebajikan yang harus diibaratkan sebagai trampolin, istilah yang digunapakai Presiden Singapura, Tharman.

Apa yang dimaksudkan adalah pemerkasaan Bumiputera bukan saja untuk melahirkan usahawan di samping bantuan pendidikan dan pembiayaan melalui agensi-agensi kerajaan sedia ada. Hendak seribu daya tak hendak seribu upaya.

Transformasi budaya pemikiran amat penting agar rakyat dapat memupuk semangat kebertanggungjawaban. Nasib dan masa depan semua kaum adalah tanggungjawab kita bersama.

Kadangkala sistem organisasi serangga juga dapat digunakan dalam aspek kehidupan kita. Saya tertarik dengan kajian tentang interaksi anai-anai bagi memastikan kesejahteraan tanpa kewujudan struktur pentadbiran pusat. Setiap anai-anai mempunyai garis panduan atau amalan tersendiri dan sekiranya wujud kelopongan di dalam interaksi pentadbiran, ada kesepakatan untuk kerjasama penyelesaian permasalahan.

Sejak 1959, satu istilah daripada pakar biologi Perancis Pierre-Paul Grassé iaitu, "stigmergy" membawa maksud peninggalan satu agen akan mengaktifkan agen lain untuk meneruskan satu kitaran positif demi kelangsungan. Erti lain bahawa satu ketetapan membuat keputusan dapat diteruskan secara kelompok melalui pemahaman tanggungjawab masing-masing.

Kembali kepada anai-anai, dari aspek kejuruteraan sekiranya salah satu terlihat ada kerosakan struktur di dalam habitat mereka, setiap anai-anai akan melakukan kerja mereka untuk membaiki ikut kemampuan. Kemudian anai-anai yang seterusnya akan mengikut sama, sekaligus mengukuhkan semula struktur itu.

Pengajaran dari pemerhatian makhluk ini besar maknanya dalam konteks kebertanggungjawaban kita kepada masyarakat. Semoga semua dapat ambil iktibar dan bekerjasama demi kesepakatan kesejahteraan.

tag: #  
Bagikan Berita ini :
Advertisement
IDUL FITRI 2024
advertisement
IDUL FITRI 2024 MOHAMAD HEKAL
advertisement
IDUL FITRI 2024 ABDUL WACHID
advertisement
IDUL FITRI 2024 AHMAD NAJIB
advertisement
IDUL FITRI 2024 ADIES KADIR
advertisement
Lainnya
Berita

TB Hasanuddin Mengecam Bentrokan Brimob dan Marinir di Sorong Papua

Oleh Sahlan Ake
pada hari Minggu, 14 Apr 2024
JAKARTA (TEROPONGSENAYAN) --Anggota Komisi I DPR RI Mayjen TNI (p) TB Hasanuddin mengecam insiden bentrokan antara prajurit TNI dengan anggota polisi Brigade Mobil (Brimob) di Kota Sorong, Papua ...
Berita

TB Hasanuddin: Perubahan KKB Jadi OPM Lebih Realistis, Tapi Seluruh Lembaga Negara Harus Sepakat

JAKARTA (TEROPONGSENAYAN) --Anggota Komisi I DPR RI Mayjen TNI (p) TB Hasanuddin mengungkapkan  penyebutan Kelompok Kriminal Bersenjata (KKB) menjadi Organisasi Papua Merdeka (OPM) memiliki ...